Kes Rantai Emas Anak Diragut Di Jom Heboh, Rupa-Rupanya Dah Ramai Budak Jadi Mangsa

Kehidupan

Kes Rantai Emas Anak Diragut Di Jom Heboh, Rupa-Rupanya Dah Ramai Budak Jadi Mangsa

Sebagai ibu bapa memang ada kalanya kita sendiri terlepas pandang beberapa perkara tentang anak-anak. Lagi-lagi soal keselamatan mereka ketika berada di luar.

Macam kejadian yang berlaku pada sepasang ibu bapa di Pulau Pinang ini, keselamatan anaknya hampir tergugat. Semuanya gara-gara rantai emas yang dipakaikan pada anaknya ini.

Advertisement

Rantai emas dipakai anaknya diragut semasa mereka berada di Jom Heboh, Batu Kawan tanpa mereka sedar. Dalam pada tengah leka siapa sangka ada yang berani buat kerja jahat ni.

“Sedar-sedar Anelia menangis. Tanya-tanya dia jawab “orang tu amek rantai kakngah”. Baru perasan tengok leher takdak rantai dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku”

budak perempuan menangis
Dalam keadaan orang ramai dan ditambah pula dengan suasana riuh memang tak ada siapa yang akan perasan. Nasib baik juga tiada kecederaan teruk yang berlaku cuma kesan merah-merah dengan kesan kuku saja di belakang.

kanak-kanak perempuan
Walaupun tak ada sebarang kecederaan yang serius, kejadian ini pastinya akan membuatkan kanak-kanak ini berasa trauma. Iya lah, budak kecil mana tahu apa-apa kan.

“Orang tu amek rantai kakngah, nanti kita habaq kat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.”

Berulang kali juga anaknya memberitahu maklumat yang sama tentang peragut itu. Kesian betul, tak pasal-pasal jadi mangsa ragut. Dalam kejadian ini, ramai netizen turut menasihatkan ibu bapa untuk tidak memakaikan barang kemas pada anak mereka.

Advertisement

Sebabnya memang kanak-kanak akan jadi target paling mudah untuk peragut buat kerja. Bayangkan lah kalau orang dewasa pun boleh kena ragut apa lagi kanak-kanak.

komen facebook

“Syukur ank xdak luka ap..terdedah sngat kot rantai tu..ap pun kena hati hati beringat untuk saya sendiri dan semua jugak..”

komen facebook
Setelah berkongsi pengalaman ini, rupanya ramai lagi yang menjadi mangsa di karnival yang sama juga. Nampaknya memang peragut tu dah ‘aim’ kawasan tu lama dah.

komen facebook
komen facebook
komen facebook
Bahaya sebenarnya pakaikan barang kemas pada anak. Budak-budak ni biasanya tak tahu apa pun. Nasib baik tak ada apa-apa yang buruk berlaku.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...