Sebagai ibu bapa memang ada kalanya kita sendiri terlepas pandang beberapa perkara tentang anak-anak. Lagi-lagi soal keselamatan mereka ketika berada di luar.
Macam kejadian yang berlaku pada sepasang ibu bapa di Pulau Pinang ini, keselamatan anaknya hampir tergugat. Semuanya gara-gara rantai emas yang dipakaikan pada anaknya ini.
Rantai emas dipakai anaknya diragut semasa mereka berada di Jom Heboh, Batu Kawan tanpa mereka sedar. Dalam pada tengah leka siapa sangka ada yang berani buat kerja jahat ni.
“Sedar-sedar Anelia menangis. Tanya-tanya dia jawab “orang tu amek rantai kakngah”. Baru perasan tengok leher takdak rantai dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku”
“Orang tu amek rantai kakngah, nanti kita habaq kat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.”
Berulang kali juga anaknya memberitahu maklumat yang sama tentang peragut itu. Kesian betul, tak pasal-pasal jadi mangsa ragut. Dalam kejadian ini, ramai netizen turut menasihatkan ibu bapa untuk tidak memakaikan barang kemas pada anak mereka.
Sebabnya memang kanak-kanak akan jadi target paling mudah untuk peragut buat kerja. Bayangkan lah kalau orang dewasa pun boleh kena ragut apa lagi kanak-kanak.
“Syukur ank xdak luka ap..terdedah sngat kot rantai tu..ap pun kena hati hati beringat untuk saya sendiri dan semua jugak..”
Sumber: Facebook