Kes Pertama Varian Nigeria SARS-CoV-2 Dibawa Warga Asing Dikesan Di Malaysia

COVID-19

Kes Pertama Varian Nigeria SARS-CoV-2 Dibawa Warga Asing Dikesan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya mengesan dua kes pertama dijangkiti varian Nigeria SARS-CoV-2 yang dikenali sebagai B1.525 dikenal pasti dibawa warga asing yang tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan individu berkenaan didapati positif Covid-19 menerusi ujian calitan RT-PCR.

Advertisement

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambil kira sejarah perjalanan mereka. Analisis lebih lanjut menunjukkan adanya semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian itu”.

SARS-CoV-2

Beliau menjelaskan varian dikenali sebagai B1.525 pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) dan Nigeria pada Disember tahun lalu.

“Sejak itu, sebanyak 360 urutan varian ini dijumpai di GISAID, dengan laporan tertinggi dari Denmark (n=121) diikuti oleh UK (n=73) dan Nigeria (n=56)”.

Virus Covid19

Sementara itu, masyarakat akan dimaklumkan mengenai virus berkenaan dari masa ke semasa.

“Orang ramai dinasihati sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa”.

Sama-sama kita jaga kita yaa…

SUMBER

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...