Kes Perkosa, Narkotik & Senjata Api Meningkat Di Kelantan – Ketua Polis

Berita

Kes Perkosa, Narkotik & Senjata Api Meningkat Di Kelantan – Ketua Polis

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan negeri tersebut mengalami peningkatan dalam beberapa kes jenayah termasuklah kes rogol, senjata api dan dadah.

Menurut Sinar Harian, rekod menunjukkan peningkatan kes-kes jenayah sebegitu sepanjang Januari hingga Mac tahun ini berbanding tahun lepas.

Advertisement

Sepanjang tempoh tiga bulan itu kes rogol meningkat sebanyak 15.6 peratus iaitu lima, samun berkawan bersenjata api 100 peratus (1 ) dan cedera 6.8 peratus (3). Bagi jenayah Narkotik pula, ia meningkat sebanyak satu peratus iaitu 82 kes.

Sementara itu, bagi bulan Januari hingga Mac 2025, sebanyak 7,138 kes telah direkodkan berbanding sejumlah 7,056 kes bagi tempoh sama tahun 2024.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat

Walau bagaimanapun, kata Mohd Yusoff pesalah-pesalah bagi kes narkotik menunjukkan penurunan sebanyak dua peratus (151) iaitu seramai 7,417 pesalah narkotik direkodkan berbanding seramai 7,568 tangkapan pada tempoh sama pada tahun 2024.

Jelasnya, nilai rampasan dadah juga menunjukkan penurunan sebanyak 58 peratus iaitu berjumlah RM2.2 juta berbanding tempoh yang sama tahun 2024, sejumlah RM5.2 juta.

Walaupun tangkapan suspek melibatkan kes dadah masih banyak, tetapi jumlah rampasan mencatatkan penurunan. Jadi, bekalan dadah yang berada di pasaran tempatan juga sudah banyak terputus.

Ini adalah kejayaan besar bagi pihak PDRM Kelantan kerana berjaya mengekang penyeludupan dadah ekoran daripada larangan mana-mana individu menggunakan pangkalan haram untuk menyeberangi negara dan Thailand di sepanjang Sungai Golok berkuat kuasa 1 Disember 2024.

Pangkalan haram di rantau panjang

Pangkalan haram di Rantau Panjang

23 hari lalu

Ramai 'Founder' & 'Influencer' Di Kelantan Terlibat Pengedaran Dadah Dan Pengubahan Wang Haram - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.