Kes Perbicaraan Cerai Diana Danielle Dan Farid Kamil Ditangguh 2 Disember Depan

Hiburan

Kes Perbicaraan Cerai Diana Danielle Dan Farid Kamil Ditangguh 2 Disember Depan

Pelakon Diana Danielle dan suami, aktor Farid Kamil dilaporkan akan meneruskan sebutan perceraian pada 2 Disember ini  setelah tamat prosiding berkenaan hal itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi ini.

Dikhabarkan, prosiding pada hari ini adalah berkisar mengenai pengesahan rujuk antara mereka berdua.

Advertisement

Sebelum ini, aktres jelita itu memaklumkan dia hanya berlapang dada menunggu keputusan perceraian pada hari ini dan mengharapkan yang terbaik buat semua pihak.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan peminat apabila dia telah memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk.

Walau bagaimanapun, Farid pada ketika itu berkata rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik dan hanya berlaku salah faham kecil.

Namun, Diana menafikan kenyataan itu dan memberitahu dia sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi WhatsApp.

Sekadar info, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun rujuk kembali tak sampai sebulan berpisah.

Kedua-duanya mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ryan bakery terima teguran orang eamai
1 month ago

Dikecam Buat Kandungan Media Sosial Menyerupai Wanita, Ryan Bakery Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...