Kes Penipuan Pakej Haji: Lelaki 67 Tahun Direman, Jemaah Dakwa Dikurung & Dipaksa Redah Laluan Bahaya

Kehidupan

Kes Penipuan Pakej Haji: Lelaki 67 Tahun Direman, Jemaah Dakwa Dikurung & Dipaksa Redah Laluan Bahaya

Seorang lelaki berusia 67 tahun telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengenai kes penipuan pakej haji membabitkan tiga beranak di Mantin.

tangan digari

gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Selangor semalam selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis.

Advertisement

Mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan, polis percaya lebih ramai mangsa mungkin terbabit dalam skim penipuan berkenaan.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu berdasarkan hasil siasatan awal, mangsa mengalami kerugian RM81,000 dengan setiap seorang membayar RM27,000.

polis reman lelaki kes tipu pakej hajiSumber : Harian Metro 

Menurutnya, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada kes itu didalangi pihak persendirian atau syarikat.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 47 jemaah haji warga emas dari Malaysia berdepan detik hitam apabila ditipu oleh seorang ejen haji tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan seorang agamawan terkenal.

Setibanya di Jeddah, jemaah mendakwa mereka dipaksa berjalan kaki meredah laluan berbahaya tanpa sebarang dokumen, selepas gagal memasuki Makkah disebabkan kawalan ketat pihak berkuasa Arab Saudi terhadap jemaah yang tiada visa haji.

Polis turut mengesahkan telah menerima tiga laporan berhubung penipuan pakej haji melibatkan kumpulan warga emas tersebut yang mendakwa mereka telah dikurung dan dipaksa melalui laluan berisiko semasa berada di Arab Saudi.

Dipaksa Redah Laluan Bahaya Di Arab Saudi, 47 Jemaah Haji Warga Emas Jadi Mangsa Ejen Tipu
3 hours ago

Dipaksa Redah Laluan Bahaya Di Arab Saudi, 47 Jemaah Haji Warga Emas Jadi Mangsa Ejen Tipu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...