Isteri penyanyi dan pelakon Mark Adam, Norazah Redzuan mengesahkan bahawa suaminya antara salah seorang individu yang sudah bertemu dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Norazah atau lebih mesra disapa sebagai Ezan menafikan bahawa Mark Adam dipanggil ke pejabat SPRM sebaliknya hanya bertemu secara singkat di sebuah lokasi penggambaran.
Ezan mengesahkan mengenai perkara itu menerusi pesanan mesej di aplikasi Whatsapp. Tambahnya lagi, mereka hanya disoal mengenai kedai minuman Bubble Bee yang berlokasi di PKNS, Shah Alam.
“Mereka tanya sama ada terlibat ke tak dengan Bubble Bee. Kami cakap ada tetapi sebagai duta untuk Bubble Bee cawangan PKNS sahaja. Kami pun belum menerima sebarang bayaran atau menandatangani apa-apa perjanjian. Pertemuan itu tidak lama. SPRM tidak mengarahkan kami untuk pergi ke pejabat,”
Terdahulu, sebuah laman berita telah melaporkan lima selebriti termasuk seorang wanita untuk tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan aktiviti penggubahan wang haram dan Macau Scam.
Sumber : Astro Gempak