Kes Penggal Kepala, Suspek Pernah Dipenjara Kerana Ugut Ibu

Berita

Kes Penggal Kepala, Suspek Pernah Dipenjara Kerana Ugut Ibu

Tular kes seorang lelaki yang tergamak memenggal kepala ibunya yang berusia 56 tahun sehingga maut Kampung Baru Pasir Penambang pada hari Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, suspek berkenaan pernah dipenjara kerana melakukan ugutan jenayah kepada ibunya sebelum ini, seperti laporan Kosmo Online.

Advertisement
Lelaki Penggal Kepala IbuSumber : Kosmo Online  

Dia melakukan jenayah demikian pada tahun 2014 dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Namun, suspek yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu sudah menjalani hukuman atas kesalahan itu.

Berhubung penglibatan suspek dalam penyalahgunaan dadah, kita percaya antara tiga hingga empat tahun.

Terdahulu, jenazah warga emas tersebut telah dihantar ke Sungai Buloh untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Lelaki penggal kepala

Dalam pada itu, Ramli memberitahu kejadian itu mula disedari apabila kakak kepada suspek berusia lingkungan 30-an telah menemui mangsa di rumah tersebut.

Pihak polis kemudian telah berjaya menahan suspek di kawasan semak kira-kira 50 meter di belakang  rumah kediaman berkenaan.

skydeck
3 years ago

Cubaan Bunuh Diri, Lelaki Mahu Terjun Dari Sky Deck, Menara Kuala Lumpur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...