Kes Pemergian Adik Amir, Polis Dakwa Bapa Tiri Pernah Cederakan Isteri

Trending

Kes Pemergian Adik Amir, Polis Dakwa Bapa Tiri Pernah Cederakan Isteri

Terkini, bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera, Jumaat lalu, pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.

Suspek yang pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu, kini masih direman tujuh hari dan suspen mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Advertisement

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, melaporkan lelaki itu pernah didakwa kerana memukul isteri yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak yang meninggal dunia itu, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, di sini hari ini.

“Setakat ini, polis masih melengkapkan kertas siasatan kerana terdapat beberapa perkara perlu diteliti sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR)”

Suspek lelaki berusia 38 tahun dan isteri berusia 32 tahun itu direman tujuh hari sejak Sabtu lalu selepas dipercayai mendera kanak-kanak terbabit sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya.

Ketika insiden menyayat hati itu, kanak-kanak itu ditemui dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah mereka bersama beberapa kesan kecederaan di bahagian badan, kira kira jam 4 petang Jumaat lalu.

Jenazah kemudiannya dituntut waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Kampung Simpang Bekoh, Jasin, Isnin lalu.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik agar siasatan terhadap adik ini dapat dilakukan secara adil.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...