Kes Pembunuhan Imam Fadi, Nadir Al-Nuri Dakwa Tahu Siapa Identiti Pembunuh Sebenar

Berita

Kes Pembunuhan Imam Fadi, Nadir Al-Nuri Dakwa Tahu Siapa Identiti Pembunuh Sebenar

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendakwa identiti pembunuh imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institure (UniKL MBI), Dr. Fadi Mohammed Al Batsh di Ibu Kota pada 2018 itu telah diketahui secara terperinci.

Perkara tersebut didedahkan Nadir menerusi sebuah hantaran terbaharunya di laman Telegram, semalam.

Advertisement

 

Maklum Nadir, pembunuh tersebut bernama Husam Abdul Majid Muhammad Al-Astal dan merupakan salah seorang ejen daripada Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

Operasi dilakukan bersama seorang pengintip Me*** dan dua pengintip bukan Arab. Merupakan pegawai di dalam Mossad dan bekerja di beberapa tempat dan terlibat dalam beberapa operasi.

Tambahnya, Husam telah masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit dan perbualannya telah diintip pihak keselamatan Gaza sebelum ditangkap oleh pihak keselamatan di sana.

Dr FadiSumber : Astro Awani  

Terdahulu, pada tanggal 21 April 2018, Dr. Fadi telah maut ditembak oleh dua lelaki bermotosikal yang melepaskan 10 tembakan di badan dan kepala mangsa sekitar jam 6 pagi.

Ketika kejadian, Dr. Fadi sedang dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi menunaikan solat Subuh dan pembunuhan pensyarah yang berasal daripada Palestin itu dipercayai didalangi ejen Mossad.

Nadir Al Nuri
3 years ago

Kaitkan Balik Kampung Dan Penderitaan Palestin, Kenyataan Nadir Al Nuri Buat Netizen Menyampah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...