Kes Pemandu E-Hailing OKU Dipukul Pengawal Peribadi VIP Sedang Dalam Siasatan Awal Polis

Berita

Kes Pemandu E-Hailing OKU Dipukul Pengawal Peribadi VIP Sedang Dalam Siasatan Awal Polis

Pihak polis sedang dalam proses menyiasat kes seorang pemandu e-hailing kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu yang didakwa telah dipukul oleh pengawal peribadi orang kenamaan (VIP) di sebuah hotel semalam.

Masih dalam peringat awal siasatan

Memetik laporan Kosmo, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata siasatan kes berkenaan masih lagi belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Advertisement

Kita masih menyiasat kes ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

 

Kita masih belum mengetahui sebab apa (motif) mangsa OKU itu dipukul dan mangsa sendiri tidak tahu kenapa dia dipukul.

polis

Pengawal peribadi tumbuk kepala mangsa?

Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh mangsa yang berusia 46 tahun itu, dia sedang mengambil empat penumpang di hotel terbabit pada pukul 11.40 pagi semalam. Ketika dirinya sedang menunggu penumpang, VIP tersebut bergerak keluar dari lobi.

Selepas itu, pengawal peribadi orang kenamaan berkenaan telah mengetuk cermin kereta meminta mangsa untuk bergerak sebelum menumbuk kepalanya supaya mengalihkan kereta.

Difahamkan, mangsa mendapatkan rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan mengalami soft tissue injury.

masyitah parah
7 months ago

Atlet Kayak Malaysia Parah Dilanggar & Diseret 600 Meter Oleh Pemandu Mabuk - “Siap Tunjuk ‘Peace’”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...