Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM) menyita wang tunai berjumlah RM4.4 juta serta jongkong emas seberat 3.7 kilogram (kg) bernilai RM2.5 juta menerusi Op Parasit, dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM11.4 juta.
Turut disita ialah mata wang asing bernilai RM1.4 juta, sebuah kenderaan Range Rover SVR bernilai RM360,000, barang kemas bernilai RM294,039, dua cincin berlian (RM20,000) serta medalion emas seberat 150 gram bernilai RM102,000, memetik Kosmo Online.
Sumber : Kosmo Online Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata selain rampasan fizikal, pihaknya turut membekukan sebanyak 75 akaun dengan anggaran nilai RM32.5 juta.
“Dalam kes ini, penyitaan aset dibuat di dua lokasi iaitu sebuah kediaman di Kuala Lumpur dan di Besut. Pegawai saya terpaksa ke Terengganu dua kali untuk mendapatkan barang-barang kes ini berdasarkan maklumat yang diterima.”
“Kita pamerkan barang-barang ini bukan untuk ‘showcase’, tetapi sebagai barang bukti supaya maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah betul,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Azam memaklumkan siasatan kes tender perolehan yang membabitkan bekas Panglima Tentera Darat itu menyaksikan seramai 23 individu ditahan setakat ini.
Selain itu, SPRM turut membuka 22 kes kesalahan asas (predicate offence) serta satu kertas siasatan berkaitan penggubahan wang haram.
“Siasatan masih diteruskan.Namun begitu, bagi beberapa kertas siasatan, saya telah mengarahkan pegawai penyiasat supaya menyegerakan siasatan ini pada minggu hadapan,” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
