Terdahulu, kemelut rumah tangga Intan Liana Salleh, Ude Wahid dan Izreen Azminda mendapat perhatian ramai. Walaupun isu itu sudah lama berlalu, namun, luka yang berbekas dalam hati Intan belum sembuh sepenuhnya.
Menerusi Insta Story, Intan meluahkan rasa terharu melihat hubungan baik yang terjalin antara Farah Lee dan bekas suaminya, Ally Iskandar. Namun, setiap apa yang disampaikan itu bukan bermakna beliau ingin kembali bersama Ude, Intan tidak mahu dilabel sebagai wanita gila talak.
Dalam pada itu, Intan mengakui di masih belum dapat memaafkan bekas suaminya itu yang menceraikan dirinya kerana ingin bersama wanita lain.
Kita ni perempuan cepat sangat memaafkan. Kamu setuju tak? Tapi bonda belum lagi. Macam bodan cakap, lain kes. Tapi kalau kes orang ketiga ini payah sedikit.
Intan dan Ude pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 sebelum perkahwinan mereka bergolak saat Intan mendapat tahu lelaki itu berkahwin secara senyap dengan Izreen pada 8 Ogos 2018.
Dihimpit pelbagai kontroversi, akhirnya Intan dan Ude bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lekaki iaitu Arish Muqri dan Ariq Murqi.