Sejak kebelakangan ini, banyak kes individu dilaporkan hilang berlaku di negara kita dan ia membangkitkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.
Paling baru, kes Nur Farah Kartini yang pada awalnya dilaporkan hilang namun ditemui sudah tidak bernyawa dipercayai dibunuh individu dikenali.
Kes ini menjadi bualan hangat di media sosial dan ramai menekankan tentang menjaga keselamatan dan kepentingan untuk sentiasa update keberadaan anda kepada keluarga.
Menerusi media sosial, ramai warganet mencadangkan netizen untuk muat turun aplikasi Life360 di telefon pintar masing-masing.
So far aku pakai ini memang bagus. Siap bagi notifikasi kalau orang tu dah sampai. Boleh tambah ahli keluarga dan kawan ramai-ramai dalam ini. Semua orang boleh tahu kau kat mana.
I think it’s time untuk korang download Apps Life360 ni. So far aku dah pakai ni mmg bagus. Dia siap bagi notification kalau org tuh dah sampai.
Boleh add family members / kawan ramai2 dalam ni. So semua org boleh tau kau kat mana. https://t.co/sFVmm6yVYU pic.twitter.com/PjAQ29BVnA
— ✧.* (@marrelys) July 16, 2024
Aplikasi Life360 membantu anda untuk tahu keberadaan rakan atau keluarga dan boleh juga digunakan untuk tujuan keselamatan dengan menekan pautan ‘Call me’.
Ia turut memaklumkan kita sekiranya individu tersebut berjalan kaki atau menaiki kenderaan (kereta atau motor) malah turut memberitahu waktu mereka sampai di lokasi dituju.
Selain itu, sekiranya anda mengambil pakej berbayar pula ia memberikan akses seperti telefon anda akan membuat panggilan secara automatik sekiranya anda berada di luar dari radar yang ditetapkan.
Sebagai contoh: Anda membuat tetapan untuk berada hanya 20 kilometer jarak dari rumah. Sekiranya anda berada luar dari radar ditetapkan itu telefon anda akan menghubungi pasangan atau emergency contact secara automatik (mungkin dalam keadaan bahaya atau perlu bantuan).