Kes Nurin Jazlin Tidak Pernah Ditutup, Pihak Polis Temui Maklumat Baharu Berhubung Kes

Berita

Kes Nurin Jazlin Tidak Pernah Ditutup, Pihak Polis Temui Maklumat Baharu Berhubung Kes

Kisah tragis yang berlaku sekitar 14 tahun lalu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Nurin Jazlin pastinya segar di ingatan rakyat Malaysia.

Nurin Jazlin
2 years ago

14 Tahun Kisah Tragis Berlalu, Bapa Nurin Jazlin Masih Tuntut Keadilan Buat Anaknya

Advertisement

Terbaru, kes tersebut kembali menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila bapa Allahyarham Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil ada meluahkan rasa kesal kerana keadilan buat anaknya itu masih belum ditemui dan berharap pelaku sebenar akan menerima hukuman sewajarnya.

Nurin JazlinSumber : Harian Metro  

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan bahawa kes tragik itu tidak pernah ditutup sebaliknya siasatan teliti akan dijalankan jika mereka menemui petunjuk yang baharu.

Ujarnya lagi, bapa Nurin juga sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira jam 2 petang semalam untuk diambil keterangan baharu berhubung kes anaknya itu.

Beh Eng Lai juga memberitahu bahawa pihak polis sudah meminta seorang warga Indonesia yang didakwa mempunyai maklumat mengenai kes Nurin Jazlin agar tampil membantu siasatan.

Nurin JazlinSumber : Harian Metro  

Mengimbas kembali, adik Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Allahyarham yang pada ketika itu berusia 8 tahun kemudiannya dijumpai meninggal dunia 27 hari kemudian. Adik Nurin telah dijumpai dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di hadapan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya dengan kesan deraan secara seksual.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...