December 20th, 2015

Minggu lepas, isteri kepada aktor Adam Shah yang terkenal menerusi watak Ayam dalam filem Juvana iaitu Fatin Afeefa ada memuat naik foto perbualan suaminya bersama perempuan lain di akaun Instagram miliknya.

Selepas mendapat kritikan ramai kerana sikap Adam yang telah berlaku curang, Faten bagaimanapun telah memadam foto berkenaan.

Ekoran perkara itu, Adam melalui muat naik terbaru beliau di Instagram mengakui beliau telah melakukan kesilapan itu dan kini sedang memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.

Adam pada masa yang sama berharap tiada lagi pihak yang menokok tambah cerita mengenai rumah tangganya dan meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat beliau dan isteri.

Kita hanya manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan, begitu juga saya.Saya akui kesilapan saya, saya tersasar dari landasan. Saya sedang perbaiki kesalahan saya. Hari ini untuk saya, mungkin esok kamu semua.Sebagai manusia, doakanlah yang baik-baik untuk kita semua. Tuhan uji kita dalam pelbagai cara. Jauhi dari menjadi BATU API.

Bila melangkah sahaja ke alam rumah tangga pasti akan ada pelbagai ujian yang datang untuk mengetahui sejauh mana kesetiaan serta kesabaran pasangan kita. Baguslah kalau Adam mengakui kesilapan beliau, sama-sama kita doakan agar rumah tangga beliau kekal bahagia.

Sumber Berita: Instagram Adam Shah


Comments are closed.

Loading...