Meskipun merasakan dirinya hanya berada di rumah dan keluar bila perlu, pelakon dan kini usahawan, Elfira Loy berkata dia mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat ujian saringan COVID-19 secara bergerak di rumahnya sebagai salah satu langkah berjaga-jaga dalam menghadapi wabak COVID-19 ini.
Elfira juga memberitahu bahawa dia telah mematuhi segala Prosedur Operasi Standar (SOP) seperti yang telah ditetapkan kerajaan namun tetap berasa bimbang kerana memikirkan jumlah yang semakin meningkat saban hari.
Dia dilihat telah memuat naik video sepanjang ujian ‘swab’ yang dijalankan bersama anak lelakinya itu di Instagram baru-baru ini.
View this post on Instagram
“Saya tak pernah mahu buat ujian ini kerana saya percaya saya di rumah sepanjang masa dan sentiasa memakai topeng pelitup muka dan memakai pencuci tangan apabila keluar. Tapi dengan keadaa sekarang, kita tengok banyak case orang positive tak tahu pun macam mana dia boleh positive,”
Turut memaklumkan bahawa ujian yang didapati adalah negatif, Elfira dalam pada itu turut meluahkan perasaan kasihan apabila melihat anaknya yang masih kecil terpaksa menjalani ujian ‘swab’ tersebut.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji usaha dalam membendung COVID-19 itu dan turut mendoakan agar Elfira dan keluarganya terhindar daripada wabak berkenaan.