Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

COVID-19

Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

Berpendapat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) bukanlah pilihan terbaik, Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud akui ia bukan langkah efektif bagi mengawal penularan COVID-19 melibatkan individu yang baru pulang dari Sabah.

Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

Advertisement

Katanya, langkah yang paling berkesan adalah dengan kuarantinkan golongan tersebut di pusat kuarantin seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dedahnya lagi, sebelum ini juga negara telah pun mempunyai pengalaman virus merebak dengan cepat disebabkan wujud individu tidak bertanggungjwab yang bertindak untuk tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah.

“Pertama, apabila pesawat itu tiba dari Sabah, penumpang tersebut dibawa terus dari pesawat. Mereka tak perlu urusan imigresen, mereka perlu terus dibawa ke pusat yang tertentu di mana saringan boleh dilakukan. Ini boleh kurangkan kesesakan di lapangan terbang dan staf tak perlu proses dalam keadaan sempit dan sebagainya,” tambahnya.

Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

Ujar Awang, kuarantin di pusat kuarantin adalah langkah terbaik kerana tidak semestinya semua yang diarahkan menjalani HSO dapat mematuhinya dengan baik.

Tidak hanya itu, beliau juga mencadangkan individu yang pulang dari Sabah sebelum 27 September 2020 juga perlu menjalani saringan COVID-19.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan 89 lagi kes baharu pada Rabu, selepas tiga hari Malaysia merekodkan lebih 100 kes pada Rabu (30 September 2020).

Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

Terdahulu, Kes positif wabak berkenaan di Sabah mencatatkan angka membimbangkan sejak kebelakangan ini selepas berulang kali merekodkan lebih 100 kes dalam sehari.

Bagaimanapun, KKM telah mewajibkan semua individu yang baru pulang dari Sabah wajib menjalani HSO dan menjalani saringan ketika tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...