July 13th, 2015

Semalam adalah hari yang menyedihkan buat rakyat Malaysia. Kekecohan yang berlaku di siang hari akibat sebuah telefon di Plaza Low Yat telah mencetuskan kemarahan kaum Melayu yang tampil berkumpul pada malam harinya di hadapan plaza tersebut. Abang Nara tak tahu cerita sebenar sebab ada 2 versi yang berbeza. Namun agak memalukan insiden sebegini berlaku (rosakkan kedai orang, buat huru hara, berkumpul membangkitkan isu perkauman) di kala bulan Ramadhan yang mulia ini.

afdlin shauki kes lowyat

Secara jujur, Abang Nara takut membaca komen-komen orang Melayu yang begitu ‘hebat’ di Facebook. Macam-macam jenis saka, jenis ilmu dan jenis amaran dikeluarkan kepada kaum Cina. Sedih sungguh selepas berpuluh-puluh tahun merdeka, pemikiran sesetengah kita masih tidak dapat hidup tanpa mengira kaum. Lagi menyedihkan tragedi sebegini terjadi hanya kerana sebuah handphone. Tertipu atau ditipu itu tidak membolehkan mereka yang terlibat membuat keputusan ganas sebegini. Tak berbaloi sungguh bergaduh hanya kerana handphone.

afdlin shauki kes lowyat

Apa pun, mungkin nasihat dan pandangan Abang Nara tidak valid bagi korang. Mungkin ada yang bersetuju dengan apa yang terjadi. Tak apalah masing-masing ada pandangan. Cuma Abang Nara mahukan negara yang aman bukan sahaja untuk diri ini, tetapi untuk anak-anak Abang Nara. Apa pun, Abang Nara suka dengan nasihat yang diberikan oleh Afdlin Shauki. Masalah ini sebenarnya antara pembeli dan penjual, namun telah menular menjadi perkauman kerana api yang dibakar oleh sesetengah pihak.

Mintak tolong jangan jadikan isu di Low Yatt satu isu perkauman. Ini kes jenayah dan Pihak Polis ada bersedia untuk settlekan hal ni. Bulan ramadhan ni banyak bawak bersabar wahai sahabat sahabat islam ku. Cerminkan akhlak yg terbaik bulan ini. Yang buat tak betul akan ke muka pengadilan. Percayalah. Jangan ikut nafsu. Ada jalan penyelesaian yg lebih baik dari itu. We are all Malaysian. We are all god's subjects. So lets act like we have a god. Jangan biar amarah kita menghancurkan keharmonian negara ini.

Posted by Afdlin Shauki on Sunday, July 12, 2015

Semoga insiden Lowyat ini menjadi satu titik untuk negara kita berubah menjadi lebih baik. Jangan jadikan ia sebagai titik permulaan kepada kehancuran pula. Abang Nara percaya ramai lagi di luar sana yang masih sayangkan Malaysia. Kita semua mahu tinggal di negara yang aman, makan dengan tenang, boleh berjalan-jalan tanpa rasa takut, berkawan tak kira kaum dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Semoga ia akan tercapai dan diharap kita semua tidak termakan dengan provokasi sesetengah pihak.


Comments are closed.

Loading...