Kes Langgar Kontrak : Mahkamah Tolak Saman Marina Juki Terhadap Zizan Razak

Hiburan

Kes Langgar Kontrak : Mahkamah Tolak Saman Marina Juki Terhadap Zizan Razak

Isu mengenai Zizan Razak yang didakwa telah melanggar kontrak perjanjian akhirnya telah tamat apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menolak saman bekas pengurusnya Marina Juki berkaitan kes berkenaan.

Hakim Rosbiahanin Arifin dalam keputusannya berkata adalah jelas segala terma dan syarat perjanjian ialah antara Syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd dengan Zizan.

Advertisement

Tidak mungkin perjanjian itu boleh dijadikan asas bagi Marina Juki (plaintif) untuk memfailkan saman individu terhadap defendan. Oleh itu, mahkamah menolak saman plaintif.

Pada 5 November 2014, Marina memfailkan saman ke atas Zizan yang dinamakan sebagai defendan tunggal di Mahkamah Sesyen atas dakwaan pelawak terbabit telah menandatangani kontrak dengan syarikat televisyen berbayar Astro sebelum kontrak bersama Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. tamat.

Marina juga memohon ganti rugi khas sebanyak RM535,500, ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Malah, Marina sebelum ini mempunyai hasrat untuk membekukan akaun syarikat Wire Frame Entertainment Sdn Bhd tetapi gagal. Hakim kemudian mengarahkan pengurus tersebut membayar  kos sebanyak RM 20,000.

Harapnya selepas ini tiada lagi kes lain yang akan timbul antara mereka berdua, cubalah untuk berbincang dengan cara baik pula jika masih ada rasa tidak puas hati didalam diri.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...