Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kes Khalwat, Shah Jaszle Diarah Bela Diri

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, pada Selasa memerintahkan pelakon Shahrizal Jaszle membela diri atas tuduhan melakukan khalwat dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 23, pada 16 Mei 2013.

Memetik laporan mStar Online, Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya elemen kes yang boleh disabitkan ke atas tertuduh.
shah jaszleSehubungan itu, Abd Halim memerintahkan Shahrizal atau sebelum ini dikenali dengan nama Shahz Jaszle membela diri sama ada secara memberi keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.

Advertisement

Kes berkenaan disambung pada 8 Disember depan. Sebelum ini, Farah Nurizzati telah pun mengaku bersalah atas tuduhan khalwat ini dan diarahkan membayar denda.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.
shahjazleMereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Semoga kes ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Sama-sama kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top