Kes Khalwat Ruhainies Dan Aliff Aziz Didakwa Sudah Selesai, Bayar Denda RM3K Setiap Seorang

Hiburan

Kes Khalwat Ruhainies Dan Aliff Aziz Didakwa Sudah Selesai, Bayar Denda RM3K Setiap Seorang

Kes khalwat melibatkan penyanyi Aliff Aziz dan Ruhainies telah menemui penghujung apabila kedua-duanya selesai membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang .

Lapor Xtra, denda itu telah dimuktamadkan menerusi prosiding yang berlangsung pada Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di luar pengetahuan media.

Advertisement

Sebelum ini, mahkamah berkenaan telah menetapkan tarikh sebutan bagi prosiding kes pada 20 dan 27 Februari ini.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya tidak hadir pada 20 Februari lalu dan kes juga ditangguhkan atas sebab yang tidak pasti.

Peguam syarie yang mewakili Aliff dan Ruhainies juga tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan pengesahan berkenaan perbicaraan kes itu.

Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan berhubung kes khalwat yang dihadapi mereka pada awal Mac tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nora dr rushdi
17 hours ago

"Tiada Permohonan Maaf Daripada Dia" - Datuk Nora Dedah Isu Sebenar Antara Dirinya, Anak Tiri Dan Madu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...