Kes Khalwat: Putri Mardiana Terkejut Dikenakan Waran Tangkap

Hiburan

Kes Khalwat: Putri Mardiana Terkejut Dikenakan Waran Tangkap

Gagal hadir  tanpa sebarang alasan kukuh pada perbicaraan yang melibatkan kes khalwat beliau kali kedua bersama kekasihnya Ejump, aktres Putri Mardiana telah dikenakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari Selasa lepas.

Advertisement

Waran tangkap itu turut  dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan tersebut.

Putri Mardiana dalam satu kenyataan berkata beliau merasa terkejut apabila waran tangkap itu dikeluarkan kerana sebelum ini beliau sama sekali tidak mengetahui akan tarikh perbicaraan tersebut meskipun sudah beberapa kali menghubungi pegawai syariah untuk bertanyakan hal berkenaan.

Sebelum ini saya pernah cuba menghubungi pegawai syariah untuk bertanyakan mengenai tarikh perbicaraan tetapi tiada siapa pun yang menjawab.

Dua kali saya cuba. Tetapi tiada siapa yang menjawab panggilan. Berkenaan dengan kes perbicaraan semalam (Isnin lalu) saya memang tidak tahu.

Tidak mahu merumitkan lagi keadaan, Putri Mardiana berharap masyarakat tidak memandang negatif kepada beliau kerana tidak dapat hadir ke mahkamah.

Saya harap orang ramai tidak menuduh saya sebarangan kerana tidak hadir ke perbicaraan itu. Saya akan menghubungi pegawai yang berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan anda, Putri Mardiana sebelum ini dengan penuh yakin mendakwa kes khalwat beliau pada 14 Disember lalu tidak akan dibawa ke mahkamah. Malah, beliau juga memberitahu bahawa dirinya dan kekasih Ejump tidak bersalah dan serbuan itu telah dirancang oleh bekas isteri Ejump.

Mustahil untuk seseorang itu tidak tahu akan tarikh perbicaraan beliau untuk kes yang agak besar seperti ini. Masih ingin mengaku anda tidak bersalah? Harapnya Putri Mardiana tidak lagi ingin menegakkan benang yang basah. Jangan lari daripada masalah anda, kalau betul sudah saling mencintai kahwin sahaja lah.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...