“Kes Khalwat Jenayah ‘Orang Miskin'” – Bekas Menteri Undang-Undang

Berita

“Kes Khalwat Jenayah ‘Orang Miskin'” – Bekas Menteri Undang-Undang

Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berpendapat undang-undang khalwat bersifat kabur dan pelaksanaannya cenderung menekan golongan miskin.

Katanya pada Malaysia Gazette, serbuan lazim dilakukan di hotel murah atau tempat awam, manakala golongan kaya jarang didakwa kerana mampu menyewa apartmen mewah atau mengatur cara lebih sulit.

Advertisement
zaid ibrahimSumber : The Star  

Jelasnya,

Kes khalwat jadi ‘jenayah orang miskin’, bukan kerana orang kaya tak buat, tapi mereka tak tertangkap.

Zaid turut merujuk kes pasangan di Kuantan dipenjara kerana gagal bayar jaminan RM1,500, jumlah yang terlalu berat bagi golongan bawahan.

Justeru beliau menggesa supaya khalwat dinyahjenayahkan, kerana ia isu moral peribadi individu dengan Tuhan.

Menurutnya, undang-undang sepatutnya fokus kepada kes serius seperti penderaan seksual dan keganasan rumah tangga, manakala akhlak boleh dibentuk melalui pendidikan dan kaunseling, bukan hukuman atau pencerobohan privasi.

wanita ditangkap khalwat bersama tiga lelaki
2025-08-20 10:38:59

Wanita Ditangkap Khalwat Bersama Tiga Lelaki Baru Dikenali, Dah 2 Hari Tempah Bilik Hotel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...