Kes Keropok Beracun: Pemilik Kebun Akhirnya Bersuara, Anggap Kelalaian Penjaga Punca Kematian Mangsa

Trending

Kes Keropok  Beracun: Pemilik Kebun Akhirnya Bersuara, Anggap Kelalaian Penjaga Punca Kematian Mangsa

Masih ingat dengan tragedi keropok beracun yang mengakibatkan dua beradik meninggal dunia?

Akhirnya, selepas lebih kurang sebulan kes itu berlaku pemilik kebun terbabit bernama Uzair Sahfawi tampil memberikan penerangan daripada pihaknya.

Advertisement

Menerusi Facebook, Uzair berkata dia menganggap kelalaian penjaga kepada dua kanak-kanak tersebut adalah punca sebenar kepada tragedi malang berkenaan.

mangsa keropok beracun

 

Keropok digantung tempat tinggi, bukan tepi jalan

Cerita Uzair, keropok beracun tersebut diletakkan di tempat yang tinggi kira-kira 4 kaki setengah dan secara logiknya, kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun tidak boleh mencapai dan mengambilnya.

Keropok tu bukan dekat dalam pagar tepi jalan tapi di dalam pagar bersebelahan hutan area laluan kera yang masuk ke tempat tanaman pisang yang aku buat.

Malah katanya, tidak mustahil keropok yang dimakan dua mangsa bukan miliknya memandangkan penduduk kampung yang lain turut menggunakan cara yang sama untuk menghalau kera dan terdapat kebun lain berhampiran.

keropok beracun

 

Keluarga abai, biar mangsa merayau

Dia turut menunjukkan rumah keluarga mangsa yang hanya terletak lebih kurang 100 meter dari situ dan turut mempersoal pengabaian penjaga mereka yang membiarkan kanak-kanak terbabit merayau sejauh itu.

Jarak rumah aku dan rumah mangsa hanya 100 meter je. Macam mana budak umur 2, 3 tahun boleh dibiar berjalan di dalam kawasan hutan dan semak sejauh 100 meter. Kalau diikutkan budak umur 2 tahun baru boleh berjalan dan masih minum susu ibu lagi.

rumah mangsa keropok beracun

 

Datuk mangsa mereka cerita

Dalam pada itu, Uzair turut meluahkan rasa kecewa terhadap wartawan kerana tidak datang ke rumahnya untuk temu bual tentang kejadian itu sebaliknya hanya ke rumah datuk kepada mangsa yang didakwa mereka-reka cerita.

Yang mai rumah aku adalah pihak polis ja. Bagi aku, pihak polis memang terbaik. Aku difitnah disebabkan tok kepada mangsa reka cerita bukan-bukan. Kalau ikutkan, aku nak je saman tok kepada budak-budak ni.

Boleh datang kampung aku dan tanya orang kampung berdekatan rumah budak-budak tu. Memang depa abai budak-budak tu. Budak-budak tu memang terabai dari kecil lagi, boleh tanya orang kampung sini.

posting pemilik kebun keropok beracun

Uzair turut berpendapat penjaga kepada dua mangsa juga perlu ditahan bagi berlaku adil kerana mengabaikan anak-anak.

Sementara itu, dia turut berkata haiwan perosak tetap ada meskipun aduan sudah dibuat terhadap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITIAN) berkali-kali dibuat. Kehadiran haiwan perosak menjejaskan sumber pendapatannya serta peduduk kampung.

pekebun keropok beracun
6 months ago

Pekebun Dakwa Keropok Beracun Dah Diikat Ketat & Digantung Tinggi - "Tak Mungkin Dua Mangsa Dapat Ambil"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...