Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, semalam mengadakan sidang media di Bukit Aman bagi memaklumkan perkembangan terkini siasatan kematian pelajar sekolah agama dari Sabah, Zara Qairina Mahathir.
Beliau berkata, sidang media itu dibuat susulan hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan khusus untuk menyiasat kes melibatkan pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar tersebut.
1. Punca kematian awal
Kematian Zara adalah disebabkan oleh kecederaan otak akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.
2. Ketidakpatuhan IO dalam siasatan
Pegawai penyiasat gagal memohon kebenaran bedah siasat. PDRM memaklumkan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai tersebut dan ketua bahagian
3. Persetujuan Ibu Mangsa
Ibu mangsa bersetuju dan memohon supaya bedah siasat tidak dibuat. Persetujuan itu direkodkan melalui dokumen rasmi bertajuk ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri, ditandatangani ibu mangsa, doktor patologi dan pegawai penyiasat.
4. Prosedur bedah siasat pada 10 Ogos
Dilakukan empat pakar patologi, mengesahkan punca kematian sama seperti dapatan awal. Kecederaan otak berpunca daripada jatuh ‘The injury is sustained due to a fall’.
5. Arahan Peguam Negara pada 12 Ogos.
Bersetuju inkues perlu diadakan. Permohonan akan dibuat kepada koroner dalam masa terdekat. Tujuan inkues adalah bagi mendapatkan kebenaran dan jawapan terhadap persoalan punca kejadian.
6. Task Force diadakan
Satu jawatankuasa jenayah turut menyiasat kemungkinan kewujudan elemen jenayah.
7. Penyebaran berita palsu / hoax / fake news
Polis dilaporkan telah membuka 15 kertas siasatan.
8. Tangkapan
Polis telah menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana disyaki menyebarkan berita palsu.
9. Elemen buli
Siasatan turut mengambil kira keterangan yang menjurus kepada elemen buli sebelum kejadian.
10. Saksi
Seramai 82 percakapan saksi direkodkan termasuk pelajar. Ada beberapa saksi dipanggil semula untuk membantu siasatan.
11. Kaitan VVIP
Polis memaklumkan tiada pembabitan VVIP dalam kes tersebut.
12. Info berkaitan kematian
Semua kecederaan yang dialami Zara sudah dijelaskan kepada keluarga Zara dan peguam terlibat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.