Kes Kematian Tangmo Nida, Pemilik Dan Pemandu Bot Mengaku Bersalah, Hukuman Dikurangkan

Dunia

Kes Kematian Tangmo Nida, Pemilik Dan Pemandu Bot Mengaku Bersalah, Hukuman Dikurangkan

Boleh dikatakan kes kematian selebriti Thailand, Tangmo Nida yang berlaku pada tahun lalu memberi kesan bukan saja buat rakyat mereka, malah untuk netizen Malaysia juga.

Insiden yang berlaku terhadap Tangmo telah menimbulkan pelbagai persoalan tentang kejadian sebenar yang berlaku terhadap mangsa sebelum didakwa jatuh dari bot.

Advertisement

Terbaharu, melalui laporan Bangkok Post, dua defendan di dalam kes kematian Tangmo ini bakal dijatuhkan hukuman penjara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @melonp.official

Difahamkan, pemilik bot laju yang bernama  Tanupat “Por” Lerttaweewit mengaku bersalah atas kecuaiannya yang hingga mengakibatkan kematian dan pemandu bot, Phaiboon “Robert” Trikanjananun turut mengaku bersalah kerana pandu bot tanpa lesen.

Namun begitu, Mahkamah Wilayah Nonthaburi menggantung hukuman penjara dan mereka hanya perlu menjalani khidmat komuniti sahaja.

Tahupat yang pada awalnya dikenakan hukuman penjara lima tahun lapan bulan dan denda sebanyak 128,000 baht dikurangkan kepada dua tahun sembilan bulan penjara serta denda dikurangkan kepada 64,000 baht.

Untuk Phaiboon pula, hukuman dikurangkan kepada dua tahun dua bulan, dengan hukuman digantung tiga tahun dan denda dikurangkan kepada 54,000 baht saja.

Tangmo Nida
2 years ago

(VIDEO) Rakaman Baru Tersebar, Tangmo Nida Didakwa Sedang Bercuti Di Australia?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...