Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kes Kematian COVID-19 Di Indonesia Meningkat, Nikita Mirzani Rajin Solat Tahajud

Nikita Mirzani

Selebriti terkenal Indonesia, Nikita Mirzani berkata dia kini menjadikan solat tahajud sebagai hobi terbaharu yang diamalkan olehnya setiap hari kerana takut berdepan dengan kematian.

Advertisement

Menurut selebriti tersebut, dia mengamalkan solat tahajud pada setiap hari setelah melihat kes kematian akibat daripada jangkitan COVID-19 di Indonesia kian hari semakin meningkat dan berasa takut jika meninggal kerana wabak tersebut.

Saya tidak tahu bila ajal saya akan tiba. Saya melihat ramai teman artis meninggal dunia tiba-tiba sehingga membuatkan saya takut.

Katanya seperti yang dipetik di Tabloid Bintang.

Dalam pada itu, Nikita turut berkata bahawa dia sudah mewasiatkan segala harta kepada anak-anaknya dan dia juga sudah mendaftarkan ketiga-tiga orang anaknya dengan insurans sebagai persediaan jika dia meninggal dunia suatu hari nanti.

Advertisement
Nikita Mirzani dan anaknyaSumber : IG Nikita Mirzani  

Katanya, beliau amat memahami kehidupan seorang anak yatim piatu kerana juga melalui situasi seperti itu dimana dia di besarkan oleh ibu saudaranya hingga umur 23 tahun tanpa ibu bapanya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

SUMBER : Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. bukan siapa siapa

    July 31, 2021 at 8:38 am

    hhhhhmmmmmmmmmmmmm.. betul lah kan, apa sebab wlupun sembahyang aurat masih terbuka? sbb solat kita problem. bukan sebab IMAN lemah punca utama. punca utama nya adalah SOLAT!!!!!!!!!! semoga nikita berubah ke arah kebaikan dan mendapat hidayah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top