Kes Kematian COVID-19 Di Amerika Syarikat Kini Melebihi Jumlah Korban Peristiwa 9/11

Trending

Kes Kematian COVID-19 Di Amerika Syarikat Kini Melebihi Jumlah Korban Peristiwa 9/11

Tidak dinafikan bahawa kes COVID-19 kini semakin teruk di seluruh dunia. Pun begitu, wabak ini kelihatan kian tak terkawal di Amerika Syarikat apabila dilaporkan 565 kematian dicatatkan pada 30 Mac yang merupakan rekod tertinggi bagi tempoh 24 jam.

Kini, jumlah kematian di sana dicatatkan sebanyak 3,164 pesakit lantas melebihi angka mangsa yang terkorban disebabkan oleh peristiwa 9/11. Peristiwa hitam di mana pengganas telah menyerang World Trade Center dan Pentagon dengan nahas pesawat pada 11 September 2001.

Advertisement

serangan pengganas 9/11Malahan jumlah itu juga dipercayai bakal mengatasi angka kematian di China iaitu 3,305 dalam 24 jam berikutnya. Bagi keseluruhan negara itu, sebanyak 19,988 kes positif virus ini telah direkodkan dalam masa satu hari dan secara tak langsung menjadikan jumlah keseluruhannya menjangkau angka 164,248.

Kawasan yang paling terjejas teruk ialah New York. Bayangkan sebanyak 253 kematian telah dilaporkan dalam masa satu hari sahaja. Walhal, negeri itu menjangkakan kemuncak jangkitan COVID-19 akan berlaku dua atau tiga minggu lagi.

covid-19 di amerika syarikat

Seorang pakar penyakit berjangkit di Amerika Syarikat turut menegaskan bahawa angka korban akibat COVID-19 boleh meningkat kepada 100,000 ke 200,000 mangsa kelak.

Semoga Amerika Syarikat dapat melawan virus ini dan berjaya mengurangkan jumlah angka korban.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...