Kes Kehilangan Pasport Malaysia Paling Tinggi Di Thailand

Travel

Kes Kehilangan Pasport Malaysia Paling Tinggi Di Thailand

Rakyat Malaysia sering memilih Thailand sebagai lokasi percutian mereka, bukan sahaja kerana lokasinya yang berhampiran dengan negara kita tetapi negara itu kaya dengan pulau yang cantik serta pelbagai makanan yang lazat.

Sumbe: Thai to siam

Tahun lalu sahaja, telah direkodkan seramai 3.3 juta orang pelancong dari Malaysia dan merupakan kumpulan pelancong asing kedua terbesar melawat Thailand selepas China yang menyumbang lebih 9 juta pelawat.

Advertisement

Sumber: islandinfokohsamui.com

Tetapi apa yang mengejutkan ialah kes kehilangan pasport Malaysia ialah paling tinggi dilaporkan iaitu sebanyak 90% kehilangan dokumen itu yang berlaku di kawasan beli-belah utama di Thailand terutamanya di bandar Bangkok.

Tahun lepas, sebanyak 124 pasport Malaysia dilaporkan hilang di negara ini manakala bagi tahun ini sehingga September lalu pihak Kedutaan Malaysia di sini menerima laporan 87 dokumen tersebut hilang daripada simpanan pemiliknya.

Kebanyakan kehilangan pasport negara ini berlaku di Pratunam, sebuah kawasan beli-belah terbuka yang terkenal di tengah-tengah kota Bangkok dan juga berlaku di Chatuchak iaitu sebuah pasar mingguan terkenal di kota itu.

Mungkin ada yang berfikir kehilangan itu disebabkan kes jenayah seperti ragut atau mencopet? Tetapi antara punca utama pelancong Malaysia kehilangan pasport mereka ialah kecuaian pemegang sendiri yang kadangkala terlalu leka membeli-belah sehingga tidak sedar dokumen itu hilang. Faktor lain ialah kesesakan kawasan pelancongan itu sendiri yang memungkinkan dokumen tersebut tercicir.

Kerap kali rakyat Malaysia itu sendiri tidak menganggap pasport mereka sebagai dokumen yang amat penting dan oleh itu tidak menjaganya dengan baik. Mereka meletakkan pasport di tempat yang mudah tercicir atau mudah dicuri.

Tidak boleh dinafikan ada juga kes yang melibatkan sindiket penjenayah yang mungkin menjadikan pasport Malaysia sebagai sasaran aktiviti jenayah mereka.

Pasport Malaysia antara yang berkuasa dan tidak mustahil dokumen itu menjadi buruan sindiket penjenayah, terutamanya yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan pasport antarabangsa.

Pesuruhjaya Polis Imigresen Thailand Lt Jen Nathathorn Proisoonthorn ketika itu mengakui akan daya tarikan pasport Malaysia di mata sindiket pemalsuan pasport di Thailand.

Menurutnya, ini disebabkan pasport Malaysia memiliki kelebihan dan kemudahan tanpa visa yang amat diperlukan oleh pelanggan sindiket, terutamanya mereka dari negara seperti Sri Lanka, India, Bangladesh, Pakistan dan China.

Pada tahun ini, Indeks Pasport Henley telah mengiktiraf pasport Malaysia sebagai antara paling “berkuasa” di dunia kerana pemiliknya dibenarkan memasuki 180 negara tanpa memerlukan visa dengan menduduki tempat ke 10.

Indeks Pasport Henley merupakan indeks kedudukan pasport serata dunia mengikut bilangan negara yang boleh dikunjungi oleh pemegangnya secara Visa Bebas dan Visa Ketibaan.

Kedudukan ini adalah berdasarkan data yang diperoleh daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan kajian dalaman.

Sebanyak 77,945 pasport antarabangsa Malaysia dilaporkan dicuri atau hilang bagi tempoh antara Januari hingga November tahun 2017 yang bersamaan 233 kes kehilangan dokumen itu setiap hari.

Nilai pasport Malaysia kini dikatakan boleh mencecah sehingga RM250,000.

Jadi anda perlulah lebih berhati-hati dan menjaga pasport seperti nyawa kedua anda jika pergi melancong.

Sumber: BERNAMA dan Henley Pasport Index

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...