Kes Keganasan Masalah Rumah Tangga Meningkat, Selangor Antara Yang Tertinggi

Trending

Kes Keganasan Masalah Rumah Tangga Meningkat, Selangor Antara Yang Tertinggi

Kes keganasan rumah tangga yang dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan peningkatan, dan lebih membimbangkan kes berkenaan membabitkan warga emas.

Advertisement

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, bagaimanapun berkata punca berlakunya peningkatan kes keganasan rumah tangga dalam kalangan warga emas itu masih dalam kajian.

“(Kes keganasan rumah tangga membabitkan) umur 60 tahun ke atas bertambah. Jadi, saya perlu mengetahui apa sebenarnya menyebabkan keganasan rumah tangga melibatkan warga emas ini. Biarlah, itu menjadi tugas saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Rohani berkata berdasarkan statistik pada 2015, sebanyak 667 kes dilaporkan dan Selangor menunjukkan jumlah kes tertinggi dengan 172 kes, diikuti Kuala Lumpur (96) dan Pulau Pinang (73).

Katanya sehingga Mac tahun ini, 199 kes dilaporkan dengan Selangor masih mencatat jumlah kes tertinggi, sebanyak 32 kes.

Sementara itu, Rohani berkata pihaknya memandang serius terhadap isu pengabaian dan kecuaian ibu bapa dan penjaga terhadap anak-anak mereka.

Beliau berkata pindaan demi pindaan yang dibuat terhadap Akta Kanak-kanak, bukanlah bertujuan untuk menghukum ibu bapa, sebaliknya sebagai langkah pencegahan berikutan kes membabitkan kanak-kanak semakin menjadi-jadi.

“Kadang-kadang selepas satu kes, satu kes. Saya buatlah kenyataan macam-macam, ingatkan mereka akan serik, tapi tak juga serik. Akhirnya, saya kata kena buatlah juga melalui undang-undang.

“Oleh demikian, saya tidak akan putus asa, saya akan sentiasa jalankan tugas, saya akan menguar-uarkan, saya akan maklumkan dan saya akan pastikan,” katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...