Untuk makluman ramai, selepas pemergiaan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tahun 2017, seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia.
Laporan awal mengatakan penuntut UPNM yang bernama Amirul Nashriq Othman itu telah ‘tenggalam’ sewaktu bermandi-manda bersama tujuh orang rakannya di pusat rekreasi.
Kes arwah Amirul seperti ada keraguan
Difahamkan, dua hari sebelum arwah pergi buat selamanya, dia ada menghantar gambar lebam di bahagian dada akibat dikasari oleh sekumpulan senior kepada keluarga.
Biarpun sudah disuruh untuk pulang ke kampung, 2 hari selepas itu arwah disahkan meninggal di kawasan Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang.
Ada beberapa perkara yang telah diseneraikan oleh kakak arwah tentang keraguan mengenai kes kematian adiknya dan antaranya, pihak UPNM desak bapa beri kebenaran jalankan autopsi, kesan jahitan arwah sudah kering (dipercayai sudah autopsi beberapa jam awal sebelum keluarga benarkan), kad pengenalan dan barang peribadi arwah tak diserahkan kepada keluarga serta 7 rakan yang ada di lokasi kejadian tidak ikut proses pengebumian atas alasan pegawai UPNM arah pulang ke institusi.
Peguam bakal buka semula kes, keadilan untuk arwah
Dalam perkembangan lain, melalui perkongsiaan satu akaun di TikTok, kes yang masih belum terbela itu akan dibuka semula oleh peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, di mana dia akan bertemu ahli keluarga arwah dalam masa terdekat.
Menurut peguam terbabit, kes ini demi mempertahankan keadilan buat Allahyarham jika benar ada unsur ‘penganiayaan’ di sebalik pemergiannya.