Kes Jangkitan Naik Mendadak, Aktiviti Ziarah Hari Raya Jadi Salah Satu Punca

COVID-19

Kes Jangkitan Naik Mendadak, Aktiviti Ziarah Hari Raya Jadi Salah Satu Punca

Sejak akhir-akhir ini, kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat dan didapati salah satu punca peningkatan kes ini ialah aktiviti ziarah Hari Raya dan solat jemaah di surau. Di Kelantan, kes meningkat secara mendadak sehingga melebihi 900 kes sehari.

Menerusi laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata terdapat juga berlakunya aktiviti rentas negeri yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kes.

Advertisement

Gambar Hiasan

“Kenaikan kes di Kelantan ialah diluar jangkaan kerana terlalu tinggi selain wujudnya kluster yang banyak. Kematian di Kelantan disebabkan Covid-19 juga meningkat mendadak iaitu 37 kematian pada April dan 117 kematian pada Mei lalu”

Berikutan jangkitan ini sudah berada dalam komuniti, dijangkakan kes jangkitan di Kelantan akan terus meningkat melebihi 1,000 kes sehari pada Jun.

Menurutnya ini disebabkan kegagalan individu untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) malah didapati masih ada penduduk Pasir Mas yang melakukan solat jemaah di surau sehingga menyebabkan 37 orang positif.

Untuk pengetahuan, sebanyak 12 lokasi dilaksanakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di Kelantan dan dijangka akan disambung sekiranya jumlah kes masih meningkat.

Diharapkan semua individu dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi mengekang wabak Covid-19.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...