Kes Jangkitan COVID-19 Kini Melepasi Angka 10 Juta Di Seluruh Dunia

COVID-19

Kes Jangkitan COVID-19 Kini Melepasi Angka 10 Juta Di Seluruh Dunia

Kematian berpunca daripada wabak coronavirus di seluruh dunia mencapai 500,000 kes dan jangkitan kini meningkat melebihi 10 juta. Kedua-duanya ini mengingatkan dunia bahawa pandemik ini antara wabak paling ‘mematikan’ di era moden ini yang lebih kuat daripada sebelumnya.

Ianya hanya mengambil masa empat bulan selepas ianya pertama kali muncul di bandar Wuhan di China untuk mencapai 1 juta jangkitan. Penyebaran coronavirus semakin cepat penularannya apabila menjadi satu juta kes tambahan setiap minggu pada masa ini. Namun, angka sebenar kes dijangka mungkin lebih tinggi memandangkan kesukaran untuk mengesan jangkitan.

Advertisement

covid-19

Menurut data daripada Johns Hopkins University, sejumlah 10,057,300 kes jangkitan baru dikesan setakat pagi Isnin. Data rasmi itu menyaksikan separuh kes dilaporkan di Eropah dan Amerika Syarikat. Negara itu merekodkan lebih 2.5 juta kes jangkitan dengan lebih 125,000 kes kematian.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 2,637,077 kes setakat ini.

Kes jangkitan baru dilaporkan meningkat pada kadar satu ke dua peratus sehari sejak minggu lalu. Sebahagian besar negara kini menjalankan saringan ke atas pesakit yang menunjukkan simptom atau kes kritikal. Ditambah pula dengan amaran dari WHO bahawa wabak ini kini memasuki fasa bahaya yang lebih cepat menular.

covid-19

“Kami belum melihat akhir Covid-19, dan kami juga belum melihat skopnya sepenuhnya,” kata Ali Mokdad, Profesor Sains Metrik Kesihatan di University of Washington di Seattle.

Beliau juga berpendapat wabak ini akan menjadi lebih bahaya seperti selesema Sepanyol dalam banyak hal. Selsema Sepanyol adalah merujuk pada pandemik pada tahun 1918 yang menjangkiti sekitar 500 juta orang.

Walaupun usaha untuk membendung virus itu berjaya di beberapa negara dengan menggunakan penjarakan sosial dan lockdown. Ianya masih belum jelas apakah maklumat yang diperoleh selama enam bulan ini dapat mengurangkan komplikasi dan kematian dengan ketara.

Artikel berkaitan: Tiga Wabak Penyakit Paling Bahaya Dalam Sejarah Dunia Ini Berpunca Daripada Haiwan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...