Ya sehingga ke hari ini masih belum selesai kontroversi hutang ND Lala dengan Den Wahab. Menurut Den Wahab, wang bernilai RM15,000 yang dipinjam oleh ND Lala pada tahun 2000 lalu masih belum dipulangkan. Namun menurut ND Lala, isu ini sebenarnya sudah lama diselesaikan dan ayah kepada Shila Amzah telah mencabar Den Wahab untuk membuat laporan polis. Pening juga kepala bila membaca kenyataan kedua-dua pihak yang terlibat dalam kontroversi ini.
Entah mana satu yang betul Abang Nara tak tahu. Namun yang pasti, salah seorang daripada mereka berbohong. Bagaimanapun, baru-baru ini seseorang yang dikenali dengan nama ‘Tokreatok‘ telah menggunakan akaun Instagram untuk memohon hutang tersebut dibayar. Menariknya, Shila Amzah telah mempertahankan ayahnya dengan memberi komen-komen yang agak bernas.
Tabik spring Abang Nara kepada Shila kerana menjadi seorang anak yang baik dengan mempertahankan nama ayahnya. Itulah tugas seorang anak. Pasti Shila sendiri tahu perkara yang sebenar. Apa pun, Abang Nara harap sangat-sangat agar Den Wahab dan ND Lala dapat bertemu muka. Sudah terlalu lama isu ini berterusan. Daripada kawan dah jadi lawan. Sedih Abang Nara melihat hubungan persahabatan yang putus kerana isu ini. Semoga hubungan mereka dapat kembali pulih seperti dulu. Sama-samalah kita doakan.
P.S: Pembeli beg tangan dimaki penjual hanya kerana bertanya