Kes HIV Di IPT: Ada Yang Mengaku Sengaja Sebar Sebagai ‘Balas Dendam’ – “Alasannya Tak Mahu Tanggung Kesan Jangkitan Berseorangan”

Kehidupan

Kes HIV Di IPT: Ada Yang Mengaku Sengaja Sebar Sebagai ‘Balas Dendam’ – “Alasannya Tak Mahu Tanggung Kesan Jangkitan Berseorangan”

Sebelum ini, Majlis AIDS Malaysia mendedahkan satu realiti yang amat membimbangkan di mana 44 peratus daripada mereka yang dijangkiti HIV di negara ini merupakan golongan belia yang berusia 20 hingga 29 tahun.

Malah, Setiausaha Kehormat Majlis AIDS Malaysia, Dr Zaiton Yahya melaporkan kebanyakan jangkitan baru membabitkan lepasan sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Advertisement
HIV test

gambar hiasan

Memetik laporan Berita Harian, pensyarah di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Dr Mohammad Mujaheed Hassan berkata, peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan pelajar IPT disebabkan oleh pendekatan yang diambil sekarang tidak lagi relevan dengan generasi muda masa kini.

Kata beliau, ramai siswa tidak tahu kewujudan program berkaitan HIV di universiti mereka, menunjukkan mesej pencegahan HIV tidak sampai dengan berkesan kepada kumpulan sasaran.

Sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi menyatakan mereka tidak pernah menerima maklumat secara langsung daripada pihak universiti dan hanya mengetahui tentang HIV melalui media sosial atau daripada cerita yang disampaikan oleh rakan serta kenalan.

pelajar ipt hidap hiv

gambar hiasan

Punca jangkitan

Beliau merumuskan antara punca jangkitan termasuklah gaya hidup bebas, tekanan sosial selain melazimkan seks pranikah termasuk hubungan seksual sesama lelaki tanpa menggunakan alat perlindungan.

Beliau turut menjelaskan hasil kajian mendapati, ada responden yang mula terlibat dalam hubungan seksual sebaik sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kebanyakannya didorong oleh rasa ingin tahu, namun tanpa sebarang bimbingan atau pendidikan formal mengenai kesihatan seksual.

Difahamkan, aplikasi sosial seperti Grindr, Hornet dan Tinder sering digunakan oleh pelajar bagi mencari pasangan yang akhirnya membawa kepada hubungan seksual kasual tanpa perlindungan yang mencukupi.

Ada yang terlibat dalam seks oral atau seks anal ketika masih muda dan hanya mengetahui risiko jangkitan HIV selepas didiagnosis. Mereka juga lebih terdedah kepada pornografi dan maklumat seksual yang tidak ditapis terutamanya melalui media sosial.

Sengaja sebar HIV

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah ada penuntut yang mengakui mereka sengaja menyebarkan HIV kepada individu lain sebagai bentuk balas dendam atau ‘revenge transmission‘.

lelaki murung, sedih, kecewa

gambar hiasan

Dia mengaku berniat menyebarkan jangkitan secara sengaja atas alasan tidak mahu menanggung kesan jangkitan berseorangan. Perasaan marah, kecewa dan dikhianati menyelubungi diri dan dia berasakan orang lain juga ‘patut merasai’ perkara yang sama.

Beliau turut mendedahkan bahawa seks rambang menjadi punca utama jangkitan di mana ramai pelajar IPT menjalinkan hubungan dengan pasangan tidak tetap tanpa menggunakan perlindungan.

Faktor seperti kepercayaan terhadap pasangan, kurang maklumat atau pengaruh emosi dan rakan sebaya menyebabkan mereka mengabaikan langkah perlindungan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

44% penghidap hiv baru dari kalangan pelajar universiti
2 months ago

44% Penghidap HIV Baru Daripada Kalangan Pelajar Universiti - Dr. Zaiton Yahaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...