Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kes Hampir Diculik: Zahirah MacWilson Nafi Sengaja Reka Cerita

Selepas kantoi berpegangan tangan dengan Zul Ariffin baru-baru ini,  timbul pula cerita dimana Zahirah MacWilson dikatakan hampir di culik di pusat membeli – belah The Curve.

Advertisement

Namun, wujud kenyataan yang bercanggah daripada Zahirah dan pihak The Curve juga mengakui tidak menerima sebarang laporan terhadap kejadian tersebut yang berlaku di premis  mereka.

Beberapa hari lepas pula, Zahirah menerusi akaun Instagramnya mengeluarkan kenyataan bahawa kes beliau hampir diculik bukan berlaku di tempat letak kereta aras bawah The Curve tetapi hanya di kawasan berhampirannya.

Dengan semua kenyataan yang sering di tukar faktanya, ramai yang menganggap Zahirah cuba untuk menyembunyikan sesuatu dan cuba mereka cerita untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kontroversi beliau bersama Zul.

Terkilan dituduh seperti itu, Zahirah menceritakan situasi sebenar insiden penculikan tersebut :-

Advertisement

Saya bukan penipu atau psiko. Saya sibuk bekerja dari pagi sampai ke petang, saya tiada masa nak ada-adakan cerita. Mengenai insiden tersebut, saya tidak tahu apa tujuan individu itu sama mahu merompak atau mencuri. Sebab segalanya berlaku dengan pantas.

Ketika kejadian saya seorang diri. Saya masuk ke kereta dan kemudian baru saya menyedari ada orang lain di dalam kereta saya.

Saya sangat sedih apabila dilabel (penipu dan psiko) sebegitu. Tapi saya tak boleh nak berbuat apa-apa apatahlagi nak menutup mulut orang dari terus berkata tentang saya. Asalkan famili dan kawan-kawan saya tahu perkara yang sebenar, itu sudah memadai.

Kami tidak mahu menyebelahi sesiapa dalam hal ini, mengenai hubungan beliau bersama Zul Ariffin pula kita doakan mereka dapat bahagia bersama.

Sumber Berita: Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama