Kes Di Malaysia, Wanita Islam ‘Pecah Rekod’ Bersuami Empat Serentak

Kehidupan

Kes Di Malaysia, Wanita Islam ‘Pecah Rekod’ Bersuami Empat Serentak

Seorang peguam syarie mendedahkan bahawa dia ada mendengar sebutan kes di mahkamah di mana melibatkan seorang wanita yang hadir bersama suami keempatnya.

Cerita peguam yang bernama Hasanah itu, suami keempat wanita itu hadir ke mahkamah bagi memfailkan faraq nikah (pembubaran perkahwinan) melalui kuasa mahkamah berdasarkan sebab tertentu.

Advertisement

Maklum lelaki itu, dia hanya mengetahui mengenai isterinya mempunyai suami lain setelah seminggu berkahwin.

Hakim tanya macam mana dia tahu. Dia jawab ia bermula selepas didatangi seorang lelaki yang memaklumkan bahawa isterinya merupakan isteri orang lain.

Terkejut dengan perkara itu, suami keempat membuat semakan di pejabat agama dan mendapati isterinya adalah isteri kepada lelaki yang datang berjumpa dengannya itu.

Difahamkan, wanita itu bernikah kali pertama pada tahun 2008 dan memfailkan fasakh namun kes dibuang kerana tidak hadir maka tiada perintah fasakh.

TwitterSumber : Twitter  

Kali kedua pula dia berkahwin di luar negara pada tahun 2013 dan kali ketiga pun dinikahi menerusi wali raja di Wilayah pada tahun 2017 dan tidak dinyatakan sebab mereka tidak lagi bersama.

Wanita itu berkahwin di luar negara dan tidak mempunyai sebarang rekod. Dia kemudian balik ke Malaysia selepas terpisah dengan suami dan membuat anggapan bahawa perkahwinan itu terbubar dengan sendirinya.

Pada hari perbicaraan, suami keempat wanita itu kelihatan tenang  dan isterinya pula hanya berpeluk tubuh sebelum wanita berkenaan mengaku di hadapan hakim mengenai perbuatannya itu.

“Sebelum ini ada kes isteri ada dua suami, tapi ini empat suami. Memang seram kes ini berlaku di depan mata, saya hanya beristighfar” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Restoran kotor
9 months ago

"Kerja F&B Dulu Baru Sembang" - Individu Kritik Pengusaha Mi Claypot Biar Dapur 'Berkerak', Ramai Yang 'Backup'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...