Kes Di Bandar Rimbayu: Tiga Tahun Bercinta, Model Tikam Kekasih Curang Hingga Maut

Kehidupan

Kes Di Bandar Rimbayu: Tiga Tahun Bercinta, Model Tikam Kekasih Curang Hingga Maut

Dalam satu kejadian yang berlaku di Bandar Rimbayu, Selangor semalam seorang jurugambar sambilan maut selepas dipercayai ditikam oleh teman wanitanya.

 

Advertisement

Pergelangan tangan ditikam

Menurut laporan, kejadian berlaku di sebuah rumah di bandar itu dan doktor yang tiba dari Hospital Cyberjaya telah memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam masa 30 minit namun tiada tindakbalas dan denyutan nadi.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia pada 7.25 pagi, semalam dengan kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri dipercayai ditikam dengan sebilah pisau.

tikam

Punca kejadian adalah cemburu

Kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supritendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat telah menahan teman wanita mangsa di kawasan hospital.

Suspek yang juga berusia 26 tahun itu merupakan bekas pelajar perubatan dan kini bekerja sebagai model sambilan serta didapati tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Pasangan itu difahamkan sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana suspek mendapati mangsa telah berlaku curang terhadapnya.

Wanita itu kini direman selama enam hari bermula semalam, 12 Mac bagi siasatan yang dijalankan mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati.

Terdahulu, rakaman ketika kejadian yang memaparkan mangsa terbaring berlumuran darah tular di media sosial dan ketika itu lelaki tersebut didengari menjerit kesakitan akibat kecederaan dialaminya.

tikam

1 year ago

"Marah Berkawan Dengan Awek Dia" - Lelaki Ajak Geng Belasah Rakan Sekolah Sebab Cemburu Berebut Teman Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...