Kes Dera Kanak-Kanak Autisme, 5 Saksi Dipanggil Pihak Polis

Trending

Kes Dera Kanak-Kanak Autisme, 5 Saksi Dipanggil Pihak Polis

Bagi anda yang tidak tahu, terdapat lima keadaan masalah perkembangan kesihatan mental yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak iaitu autisme, masalah gangguan hiperaktif defisit tumpuan (ADHD), pembelajaran spesifik termasuk membaca, menulis dan mengira, masalah intelektual (terencat akal) serta masalah pertuturan.

Menurut Laporan Kesihatan Mental Kanak-Kanak Remaja Negara Malaysia, dua juta kanak-kanak berusia lima hingga 18 tahun di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental seperti kecacatan perkembangan, gangguan emosi dan tingkah laku.

Advertisement

3 years ago

Bapa Kesal Anak 'Autisme' Dicederakan Pengasuh Pusat Jagaan

Autisme merupakan antara masalah paling popular yang berlaku pada kanak-kanak hari ini dengan anggaran satu daripada 100 kanak-kanak adalah autisme. Ia boleh di diagnosis seawal dua tahun apabila kanak-kanak menunjukkan tanda seperti lambat bercakap yang mana perkara ini biasa disedari oleh ibu bapa.

Baru-baru ini tular satu perkongsian di Facebook oleh seorang pengguna tentang satu kejadian menimpa anaknya yang menghidap penyakit autisme ketika di pusat jagaan. Anaknya disyaki telah didera dan dicederakan oleh pemilik pusat jagaan tersebut kerana terdapat kesan lebam pada mata dan belakang badan anaknya itu.

Lima saksi dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki autisme di sebuah pusat jagaan di Bandar Baru Ampang semalam.

Menurut laporan daripada Berita Harian, susulan daripada kes tersebut telah menyaksikan dua saksi selesai dirakam keterangan pada 3 Oktober lepas manakala tiga lagi sudah dipanggil untuk proses sama pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Tambah beliau lagi dalam kenyataannya semalam, pihaknya telah menahan seorang wanita warga asing berusia 51 tahun bagi membantu siasatan kes itu selepas menerima laporan bapa mangsa pada Jumaat lalu.

Susulan itu, suspek yang juga merupakan pengurus serta pemilik pusat jagaan itu ditahan di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 1.50 pagi Sabtu lalu.

“Mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan menghidap penyakit autisme. Dia dihantar ke pusat jagaan itu oleh bapanya, seorang pengurus kargo berusia 36 tahun pada jam 8.45 pagi, Jumaat lalu.”

Kes dera kanak-kanak autisme

Kesan lebam pada bahu belakang badan mangsa – Sumber Facebook

Menurut Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kejadian disedari bapa kanak-kanak itu pada jam 12.45 tengah hari Jumaat lalu ketika dia mengambil mangsa daripada pusat jagaan tersebut dan ternampak kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua mata anaknya.

Seorang guru di situ memaklumkan yang kesan kemerahan pada tepi dahi kiri mangsa itu didakwa berlaku akibat tindakan mangsa menghantukkan kepala pada meja atas alasan tidak mahu makan.

Bapa mangsa yang curiga dengan perkara itu kemudian menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan mendapati suspek bertindak kasar dengan mangsa apabila mangsa mengelak untuk makan.

Kes dera kanak-kanak autisme

Kesan lebam pada mata mangsa – Sumber Facebook

Siasatan lanjut mendapati pas lawatan suspek disyaki sudah tamat tempoh sejak lebih setahun lalu.

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek didapati menggaji tiga pekerja tempatan dan pusat jagaan itu menjaga tujuh kanak-kanak termasuk mangsa yang kesemuanya berstatus orang kurang upaya (OKU) autisme.

Pusat jagaan itu sudah tujuh tahun beroperasi dan hasil semakan awal mendapati lesennya sudah tamat tempoh dua bulan lalu. Kejadian ini juga adalah pertama kali dilaporkan berlaku di pusat jagaan tersebut.

Tambah beliau lagi dalam kenyataan semalam, suspek kini direman hingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...