Kes Dadah Zamani Pacu Album Koleksi 50 Lagu-Lagu Slam Ke Top 10 iTunes

Hiburan

Kes Dadah Zamani Pacu Album Koleksi 50 Lagu-Lagu Slam Ke Top 10 iTunes

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dalam kebaikan ada keburukan, dan dalam keburukan, ada kebaikan. Amboi bermadah pula Abang Nara. Penangkapan Zamani bekas vokalis kumpulan Slam kerana dadah sememangnya mengejutkan industri hiburan tanah air. Namun di sebalik kekecohan tersebut, ada berita baiknya. Album koleksi 50 lagu-lagu kumpulan Slam kini telah pun berada di Top 10 iTunes.
kumpulan slamAbang Nara memang minat kumpulan Slam dari dulu lagi. Lagu-lagunya seperti Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Nur Kasih dan banyak lagi memang mengasyikkan untuk didengar. Dengan vokal Zamani yang begitu merdu, boleh dikatakan hampir kesemua lagu kumpulan Slam adalah ‘killer song’. Buat mereka yang membesar di tahun 90-an, sememangnya lagu Slam seringkali menjadi siulan dan nyanyian apabila pergi ke karaoke.
kumpulan slam
Berdasarkan pemerhatian Abang Nara sebentar tadi, album Koleksi 50 lagu-lagu terbaik Slam kini berada di kedudukan keenam. Satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Abang Nara dah beli dah pun satu album. Hehehe. Balik nie nak layan lagu Slam sambil memandu. Barulah jiwang. Buat pengguna iTunes, jangan lupa dapatkan album ini. Cuma USD 8.99 sahaja.

Apakah lagu feveret Slam anda? Kongsikan di ruangan komen.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...