April 3rd, 2015

Hujung minggu lepas kita dikejutkan dengan berita, anak kepada dramatis terkenal Azean Irdawaty iaitu Benjy telah ditahan untuk kali ke 4 ketika beliau baru sahaja diikat jamin atas kesalahan memiliki dadah sebelum itu. Kali ini, Benjy juga dipercayai merencana untuk memindahkah makmal memproses dadah bersama beberapa rakannya di Muar, Johor. Kesalahan beliau kali ini membuatkaan Benjy berdepan dengan hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Susulan kes tersebut, pihak polis yang sedang menjalankan siasatan telah mendapat kebenaran dariapda Mahkamah Majistret untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama 6 hari kerana menemui lebih daripada 1.3 kilogram dadah jenis Syabu didalam kenderaan yang dinaiki oleh Benjy dan rakan.

Menurut Ketua  Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata lanjutan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes membabitkan suspek berumur 37 dan 27 tahun itu selepas tempoh reman mereka sebelum ini tamat.

Dalam penangkapan itu juga, pihak polis juga menemukan empat botol kaca mengandungi bahan kimia tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan Bendosen Calcium Chloride serta kelengkapan lain seperti alat penyuling, balang dan corong kaca, pengering serta dapur elektrik.

Pada 28 Mac lalu, Benjy yang sudah tiga kali ditahan kerana terbabit dengan kes dadah, ditahan polis buat kali keempat dalam sekatan jalan raya berhampiran stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar di sini kira-kira pukul 1.40 pagi.

Sumber Berita: Media Hiburan

 


Comments are closed.

Loading...