Written by Bella | October 10th, 2016

Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya selepas ditangkap oleh pihak polis kira-kira dua minggu lepas.

Aidil dan dua lagi rakan beliau iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya meng­angguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas.

Untuk pengetahuan anda, Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala R. Guevara merupakan rakyat Filipina. Menurut portal Kosmo,  tiada pengakuan yang direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.

Ketiga-tiga mereka didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja dengan anggaran seberat 465.61 gram di sebuah rumah banglo beralamat di No. 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada pukul 12.40 tengah hari, 24 September lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sumber Berita : Kosmo!

37 responses to Kes Dadah : Pelakon Aidil Aziz Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

  1. Anonymous says:

    Bg kesedaran dah pengajaran kt sumeselebriti ke anak dato ke xsemesti terlepas hukuman kalu wat salah. Ne asek kua masok jel muka xbersalah terang2 salah.

    21

    0
  2. Anti DADAH says:

    Elok la tu, mmg selayaknya!

    8

    6
  3. Anonymous says:

    Nak kaya cepat.. mati pun cepat…

    12

    1
  4. hehe…jangan hukuman dibatalkan dah ler pasni..
    maklumlah anak datuk.. :p

    20

    2
  5. susher says:

    dadah je ke menghayalkan??? abis tu arak??? apsal arak ni HALAL ke??? Yg kedai2, supermarket, kedaiserbaneka boleh plak ye jual air yang menghayalkan…maaf kurang ilmu sket

    10

    4
    • lynn says:

      Tak halal. Tapi tak salah di sisi undang-undang negara ni

      16

      0
    • puspawati says:

      Kan bagus kalau kurang ilmu tu tanya elok-elok. ni dah macam nak ajak gaduh je tanya. hahaha

      18

      0
    • duh says:

      dadah lagi bahaya…..sampai boleh tak sedar diri dan bunuh orang.
      bila ambil dadah penagih tu ada energy yang kuat.
      banding dengan arak orang tu pengsan….tapi bahaya lah kalau driving thats why di larang drink and drive.

      1

      0
  6. Anonymous says:

    dia ni yg pernah lakon time syahjasle dulu kan ?
    Jadi pemain bola sepak .
    Sian la plak ko buat cam ni.

    6

    0
  7. hmmm says:

    Alhamdulillah atleast kurang juga para pengedar dadah yg mengelapkan masa depan org demi kepentingan sendiri

    2

    1
  8. aaakulahhh says:

    sapa la bahalol menulis ni….ganja tu bukan dadah merbahaya la sengal…hanya dadah terlarang….merbahaya tu x leh blah…wakakakaka…pastu 500g tu bukan utk edar…mostly gune sendiri jek…berkilo tu yg mengedar der..
    tp entah la…si Benjy tu siap ada dapur sendiri…makmal dadah lagi…3 4 kali kene kes…terlepas lg..aku nk tau jek sapa sebenarnya BAPA kandung si Benjy tu…sbb arwah ibunya zaman dulu lg artis..n artis ni paham2 la..biasa la maksiat nya…dr dulu sampai skrng…so anak sapa sebenarnya sampakan power sangat…anak bangsawan mana la ek…tan sri mana..tu tanggapan aku la..sbb pelik sngt kes die

    27

    -1
    • JIMBO says:

      I heard Benjy tu anak Datuk Lokman Musa. Bapak Mahadzir Lokman. Just dgr cite2 lame yg si bapak tu tak nak take responsibilities kat Adzean Irdawaty after preggy, coz si bapak ni kan VVIP back in the 70’s-80’s, dah bikin hal mesti malu. Tapi zaman tu pun tak lahir lagi, teknologi pun tak canggih. Dengar dari mulut orang2 lama. Walluahalam.

      6

      2
      • Tapooooo says:

        Salah ..bapak benjy Ibrahim ( ahli politik PKR kalau tak salah ) , Ibrahim ni anak ex datuk bandar KL , ni salah paham sebab Azean tu dulu ramai ‘kawan’ …masa dia kerja bank dulu dia memang glamer ..

        5

        0
        • Anonymous says:

          Sudahlah…orgnye pun dah xde.jgn cerita lagi..

          5

          1
        • anon says:

          mmg betol. Benjy tu anak luar nikah azean dgn ibrahim, anak bekas datuk bandar. Masa tu azean baru jadi artis……keluarga si lelaki tu tak suka kat azean. This is a fact, tak kiralah orgnya masih hidup or dah mati…

          4

          0
      • amoi says:

        aku pon dgr gitu…siap dulu arwah dpt umah teres n sedikit duit dari bapak betul benjy…asalkan dorg x kawin..zaman dulu, kalau umah teres kira kaya raya la..

        1

        1
  9. yeay! says:

    yeay!
    yeay!
    yeay!
    yeay!
    yeay!
    yeay!
    yeay!
    yeay!

    1

    1
  10. Khalisa says:

    Ini lh manusia yg x gune akal

    1

    0
  11. Taeyeon says:

    hukuman boleh jer dibatalkan ni kan malaysia … ikut hukum barat sebagai orng islam patut nyer ikut hudud …..dn jgn terima hukum barat nie… sbb Allah x redha

    0

    0
  12. anon says:

    org2 melayu mcm nilah, kalau tak terlibat dgn dadah, jadi mat rempit. Bangsa yg semakin rosak. Parents2 tolonglah pantau anak2 tu dari kecil so that bila besar tak terlibat dlm aktiviti2 salah…

    1

    0
  13. hurm says:

    Kt Media mmg la ckp kena ‘ hukuman mati ‘ tapi mcm biase kes ni akn settle senyap2 !!! ..anak Dato Seri la katekn .. tenggok la nnti !!! Malaysia boleh !!!!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Ntah la nak ckp salah x ckp salah…apa2 pwon cri la kja yg x bwak mti sia2…

    0

    1
  15. Anonymous says:

    Kenapa akta ganja lagi berat dari akta dadah lain ?

    0

    0
  16. Rhyno says:

    Sory to say bro n sis,ganja ni dadah mampat n xda campuran bhan kimia yg lain,klo syabu tu byak cmpuran cmycalnye,so bleh la tapis n asingkan,ganja ni tumbuhan semula jadi

    0

    0
  17. neptune5Kilo says:

    anak dato’ ke saper mamat ni?
    jgn piker sebab org lain hidup mewah kita pun nk kaya segerra mcm diaorang.
    skrg myak masak pun naik, bagi yg kat bandar kdg2 soru pun miss.
    walau miskin cemaner pun kita, masuk KFC sebulan sekali pun payah, jgn merugikan diri sendiri pilih jln singkat. org akan sanjung melangit bila kita kaya,tapi sekali tertangkap, kwn yg selalu dpt hadiah2 mewah pun xkenal dah.

    0

    0