Kes Dadah : Pelakon Aidil Aziz Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Hiburan

Kes Dadah : Pelakon Aidil Aziz Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya selepas ditangkap oleh pihak polis kira-kira dua minggu lepas.

Advertisement

Aidil dan dua lagi rakan beliau iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya meng­angguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas.

Untuk pengetahuan anda, Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala R. Guevara merupakan rakyat Filipina. Menurut portal Kosmo,  tiada pengakuan yang direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.

Ketiga-tiga mereka didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja dengan anggaran seberat 465.61 gram di sebuah rumah banglo beralamat di No. 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada pukul 12.40 tengah hari, 24 September lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...