Kes Dadah: Ezad Exist Didenda RM 3,500

Hiburan

Kes Dadah: Ezad Exist Didenda RM 3,500

Bekas vokalis kumpulan popular  Exist, Ezad Lazim mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melibatkan dadah di Mahkamah Majistret Selayang susulan kes penangkapan beliau sebelum ini.

Ezad telah didenda sebanyak RM 3,500 dan bakal menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun.  Jika beliau gagal untuk membayar denda tersebut Ezad akan didenda sekali lagi dengan jumlah RM 2,200 serta penjara selama enam bulan bagi pertuduhan pertama.

Advertisement

Ezad dalam satu kenyataan mengaku bersalah memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis Metaphitamine (syabu) seberat 0.62 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 tengah hari tanggal 19 November 2014.

Bagi pertuduhan kedua, Ezad didenda RM1,300 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah memasukkan dadah tersebut ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Gombak kira-kira jam 2.30 petang pada hari dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Buat Ezad, beliau menerima segala keputusan dengan baik dan menjadikan ia satu pengajaran dalam hidup beliau.

Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka.

Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan ada risikonya. Buat Ezad Lazim, jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran dan selalu beringat bahawa anda merupakan seorang bapa dan suami, jagalah mereka sebaiknya.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...