Kes COVID-19 Tinggi, Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi Di Langkawi

Hiburan

Kes COVID-19 Tinggi, Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi Di Langkawi

Saban hari, semakin meningkat kes positif COVID-19 di Malaysia. Penularan yang sepertinya tidak akan reda dalam masa terdekat ini nyata membuatkan ramai yang bimbang dan mengambil langkah lebih berwaspada.

Sama juga dengan pasangan Nabil Mahir dan Ayda Jebat yang memilih untuk membatalkan majlis resepsi pihak lelaki yang sepatutnya berlangsung di Langkawi pada 9 Januari 2021.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

Daripada entri di laman Instagram itu, Nabil menjelaskan bahawa segala persiapan untuk majlis tersebut sudah pun dilakukan selepas dia bertunang lagi, Malah ia merupakan tarikh yang bermakna buat mereka sekeluarga memandangkan ia juga ialah tarikh kelahiran ibunya.

Walaupun terdapat kejutan istimewa yang sudah pun dirancang, namun pengacara lelaki itu menjelaskan bahawa mereka sekeluarga bertindak membatalkan majlis tersebut dek jumlah kes COVID-19 yang tinggi.

nabil mahir dan ayda jebat

Pun begitu, Nabil meluahkan rasa reda dengan keputusan tersebut dan yakin bahawa Allah akan berikan yang lebih baik nanti.

Buat masa ini, lebih baik berjaga-jaga kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...