March 18th, 2020

Ketika ini, kita semua sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan COVID-19. Jumlah kes di Malaysia terus meningkat sementara di serata dunia sudah ratusan ribu orang meninggal dunia walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak ini.

liyana jasmay bercuti covid-19

artis bercuti covid-19

Namun, agak kesal ramai masih degil melancong ke luar negara dan alasan paling banyak didengari ialah rugi kerana sudah membeli tiket. Lebih menyedihkan, ada juga segelintir artis yang masih berseronok bercuti di luar negara.

Tindakan mereka itu membangkitkan kemarahan orang ramai dan ada yang melabelkan artis-artis pentingkan diri sendiri. Macam mana hendak mengawal penularan virus berbahaya jika tidak mendapat kerjasama di antara semua rakyat Malaysia?

artis bercuti covid-19 ummi nazeera artis bercuti covid-19

Sebagai seorang ‘public figure’ mereka sepatutnya memberikan contoh yang baik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Jangan mengambil risiko untuk terus aktif melakukan pelbagai aktiviti kerana kita bukan sekadar menyusahkan diri sendiri tetapi menyusahkan ribuan orang lain. Malah, sejak kes pertama wabak COVID-19 bermula di Malaysia, pihak pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai supaya kurangkan aktiviti luar dan paling penting jangan melancong ke luar negara.

artis bercuti covid-19 artis bercuti luar negara artis bercuti luar negara artis bercuti covid-19

Tidak kisahlah atas alasan apa pun, ketika ini kita semua tidak boleh mengambil risiko. Ia bukan benda kecil yang boleh diambil mudah dan ramai orang yang sudah meninggal dunia disebabkan wabak ini yang sudah menjadi isu pandemik. Jumlah kes di Malaysia sendiri sangat merisaukan sehingga menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan COVID-19 baharu.

Tidak mengapa rugi sekarang, tetapi jangan pertaruhkan nyawa sendiri dan orang lain. Patuhilah setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan bersama.


8 responses to “Kes COVID-19 Semakin Meningkat, Netizen Bengang Artis Masih Seronok Bercuti Di Luar Negara”

  1. Anymous says:

    Tak payah sokong drama atau filem mereka lepas ni,sebab mereka bukan public figure,tapi public disaster saja

  2. Anonymous says:

    artis malaysia ada ke yg cerdik

  3. Anonymous says:

    artis2 yang PENTINGKAN DIRI tu sila jangan balik Malaysia. Kerajaan punyalah bersungguh untuk mengekang wabak COVID 19 ni dengan menyuruh seluruh rakyat Malaysia tinggal dirumah, korang pulak bersuka ria pulak.. YOU ARE JUST SELFISH!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...