Semakin menjadi-jadi kes COVID-19 di Korea kini! Termasuk kes yang dilaporkan sebelum ini, sudah 5,328 kes yang dilaporkan di mana terdapat 32 kematian. Pesakit ini kebanyakannya dikesan di dalam kalangan ahli Shicheonji yang berpusat di Daegu.
Perdana Menteri Korea Selatan iaitu Chung Sekyun turut menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil langkah istimewa bagi menangani masalah ini.
Bagi membanteras COVID-19 secepat mungkin dan mengurangkan impaknya kepada ekonomi, adalah perlu untuk menyumbang kesemua kemudahan yang ada secara proaktif.
Disebabkan oleh lambakan kes secara tiba-tiba, kesemua institusi hospital di Korea bertungkus-lumus bagi menyediakan tempat untuk menampung pesakit baru. Di Daegu sahaja, dikhabarkan 2,300 orang sedang menunggu untuk dimasukkan ke hospital dan kemudahan perubatan sementara.
Hospital tentera yang hanya dilengkapi dengan 100 katil bagi pesakit COVID-19 ini dikatakan akan menerima 200 katil baru pada Khamis ini. Dengan bantuan ini, diharap agar institusi tersebut dapat menerima lebih banyak pesakit yang berkemungkinan akan bertambah pada saban hari.
Presiden Korea Selatan iaitu Moon Jaein mengumumkan ‘peprangan’ ke atas virus itu selain memohon maaf kerana kekurangan bekalan topeng muka dan barangan lain.
Nantikan berita lanjut mengenai kes COVID-19 di Korea di AmazingNara.