Pelakon Adi Putra sekali lagi gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan kes cerai bersama isteri pertamanya, Aida Yusof pada pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Difahamkan, Aida sudah hadir di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dan meninggalkan dewan mahkamah sekitar jam 9.15 pagi.
Wartawan yang hadir sempat untuk bertemu dengan Aida, tetapi wanita itu enggan memberikan sebarang komen mengenai masalah rumah tangganya. Pihak mahkamah juga tidak mahu mendedahkan perkembangan lanjut kes cerai tersebut.
Adi dan Aida mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 tetapi mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun. Adi kemudian berkahwin dengan , Norshahida Dzolkifly yang merupakan janda anak satu pada 20 Jun 2016.