Kes Bunuh Zulfarhan: Mahkamah Persekutuan Ketepikan Hukuman Mati 6 Bekas Pelajar UPNM, Penjara 18 Tahun Kekal

Berita

Kes Bunuh Zulfarhan: Mahkamah Persekutuan Ketepikan Hukuman Mati 6 Bekas Pelajar UPNM, Penjara 18 Tahun Kekal

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang berlaku lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim, diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, menerima rayuan akhir kesemua perayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Advertisement
pembunuh zulfarhan

Sumber : BERNAMA

Mereka yang terlibat sebagai perayu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, dan Abdoul Hakeem Mohd Ali, yang kini masing-masing berusia 29 tahun.

Susulan itu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam bekas pelajar UPNM mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Dalam penghakimannya, Hasnah menyatakan bahawa mahkamah mendapati unsur kecederaan yang membawa kepada kematian mangsa tidak dapat dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

ibu bapa zulfarhan

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan keputusan hakim Mahkamah Tinggi iaitu Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan persubahatan dikembalikan, hukuman penjara 18 tahun dikekalkan.

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam bekas pelajar tersebut setelah mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat untuk membunuhnya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM, antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.

Zulfarhan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 week ago

"Zulfarhan Mungkin Meninggal Dunia Akibat Sindrom Steve Johnson" - Peguam Hujah Hukuman Mati Terhadap Enam Bekas Pelajar UPNM Tidak Selamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...